Jumaat, 11 September 2009

Menanti Jodohku



*Versi Original*


Dalam rona warni hidup,
satu yg ku tunggu... itu CINTA!
satu yg ku harap.. itu BAHAGIA..
rahsia jalanku hanya Tuhan yg tahu..
namun ku angankan yg paling indah..
namun ku mohon yg paling baik utkku..
Wahai Penilai Hati, tolong anugerahkan hati yg setia..
biar aku bahagia menjamah waktu yg tersisa..
Wahai Penilai Cinta, lihat cintaku yg kusam..
tolong aku, nurani cintaku..
aku ingin nikmati rasa indah itu
walau cuma sekali, jika perlu sekali...
perasaan ini sering tertanya,
siapakah nanti cinta utkku?
bilakah nanti waktunya?
aku tak mahu mati tanpa cinta..
aku tak mahu hidup terus tanpa cinta...
Wahai Penjaga Alam, tolong aku..
aku menanti jodohku..!

Isnin, 7 September 2009

Kau Harus Terluka

*Versi Original*

Ku harus lupakanmu.. maaf ku telah singgah dihatimu..
Kau tak pernah tahu dalam hatiku..
Kau tak pernah sedar kejamnya aku..
Ku duakan cintaku, ku khianati cinta...
Aku tak setia.. Aku tak bisa untuk setia..
Hatiku sepi tiada yang peduli..
Hatiku sunyi tiada yang disisi..
Lantasku cari keindahan yang baru, itu kamu!!
Kau temani langkahku, kau nuranikan jiwaku..
Aku asyik dalam sentuhan cintamu..
Kau mencintaiku seutuh hatimu..
Kau buat aku lupa pada kenyataan hidupku..
Kenyataan yang tak pernah kau tahu..
hingga dia pulang, baru ku terjaga..
bahwa aku punya dia... bahwa aku punya cinta
sebelum dirimu.. Maafkan aku..
Memang dia bersalah terlalu lama meninggalkanku..
Memang ku bersalah terlalu dalam mencintainya..
hingga ku tak biasa hidup tanpa cinta.. dan
ku cari cinta yang lain.. Maafkan aku, dua cintaku..
Ku harus memilih tanpa kau tahu..
Aku mulai menusuk hatimu..
Kau kan sakit hati.. Kau pasti sakit hati..
Ku minta amarahmu tumbuh..
Walau cintamu ku rasakan lebih indah,
tapi harus sampai disini..
Dia yang pertama ku cintai..
Kau tak sedar ku khianati...
Dia tak tahu ku curangi..
Harap kau terluka.. Harap kau membenciku
sedalam kau mencintaiku..
Maaf ku duakan...

Rasaku Telah Mati

*Versi Original*

Terdiam aku dengan kesungguhan nadamu
bahwa aku bukan jalan hidupmu,..
Kau minta ku tetap di sini,.. dan ku masih di sini
setia menjadi diari hidupmu,..
Ku gembira di bahagiamu,..
Ku menangis di sedihmu,..
Aku berharap masih punya simpati untukku,..
Berharap masih punya kesempatan untuk bahagia,..
Lama-lama aku jadi tau,..
Semakin ku inginkanmu,..
semakin ku harus melupakanmu..
Tak mungkin ku menunggu sampai kau mahu,..
kerna yang ku mahu kau tak mahu..
Maaf, ku tak sanggup lagi menatapmu
dengan kebohongan mataku,..
Ku tak sanggup menyentuh hangat bahasamu
dengan senyum sakitku,..
Dan aku tak mungkin dapat bertahan,..
Kau pasti tinggalkan aku saat kau temukan bahagiamu,..
Pastilah kau tinggalkan aku untuk indah hidupmu,..
Mohon jangan kau kenang aku saat kau sedang setia,..
Mohon jangan kau abadikan kisah tanpa status ini,..
Aku tak ingin jadi bahagian dalam sejarah hayatmu,..
Aku biarlah begini,.. tanpa cinta..
Aku tetaplah begini,.. tanpa cinta yang lain..
Cinta takkan lagi tumbuh dihatiku,..
Rasaku telah mati bersama cinta yang kalah....!

Berhenti Mencintaimu



*Versi Original*

Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku.. Seharusnya ku tidak di sini lagi menanti ucap cinta... itu takkan mungkin..
Aku bertahan di sini biar kau terbiasa dekat denganku..
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau tahu erti hadirku..
Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu..

Melupakanmu, membunuh cintaku!

Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku?

Berteman itu indah.. Tapi hatiku takkan setuju!

Yang aku ingin bukan hanya menatapmu,
mendengar ceritamu...
Aku ingin menangis bersamamu.. ketawa denganmu..
Berbagi hati selamanya.. Beri aku kejelasan.. apa ertinya selama ini?
Kau beri ku puji, buat ku tinggi..
Kau beri harapan sepertinya indah..
Namun kenyataannya tak semanis inginku..

Salahku terlanjur ingini semua yang ada di dirimu..

Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu..

Sebelum cinta ini hina.. semampunya ku harus rela..

Berhenti merinduimu.. Dan membunuh rasa ini..

Mohon ajarkan aku cara melupakanmu..

Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu..
Mohon jangan datang lagi di kehidupanku..

Bukan ku membenci.. Tapi aku telah tersakiti olehmu..

Belajar berhenti mencintaimu.
.

Tiada Jalan Ke Hatimu


*Versi Original*

Mencuba meraih hatimu..
Walau payah yang aku pikul.. Walau beban yang aku tadah..
Mencuba mendekatimu... Walau kau tak pernah jauh dariku..
Kau tahu hatiku.. Kau tahu perasaanku..
Kau datang padaku.. Kau biarku bermain dengan emosi..
Kau goda hatiku... Kau lepas hatiku..
Mana akhir teka teki ini???

Siapa aku di sanubarimu?? Sekadar teman atau bagaimana????
Mengapa beri tanda cinta walau tiada niat untuk mencinta???
Akukah yang bermain perasaan?? Tetapi mengapa tiada langkah saat ku minta kau pergi???
Jangan kau berlari-lari dalam hatiku.. Tetaplah di situ kalau itu destinasinya...

Aku cuba merungkai kata pasti.. Kenapa kau berdiam diri???
Aku mahu kesudahan cerita yang kau tulis...
Aku mahu kepastian yang hanya ada padamu..

Jenuhku menunggu, letihku menanti..
Rupanya dia yang kau inginkan..
Kau datang padaku untuk meraih cinta darinya..
Oh, Tuhan!! Kenapa terjadi lagi episod ini??
Episod yang sama, berulang-ulang terjadi dalam salur hidupku..

Seharusnya kau pergi seawal kau tahu hatiku menyanjung dirimu..
Kau tidak tega melangkah dariku.. Kau buat aku terus berharap padamu..
Seandainya aku tahu niatmu, pasti aku tak segan membina jarak antaramu.

Tiada jalan sudah.. Tiada harapan sudah...
Kau beri aku tanda cinta yang bukan untukku..
Kau beri aku senyum murahan untukku terbang ke langit khayalan..
Tanpaku sedar, kau memendam cinta pada dia yang aku sanjung...
Kau simpan hatimu untuk dia yang tak mungkin aku saingi..
Dia saudaraku.. Darahku ada mengalir dalam nadinya..
Dia teduhkan aku saat hatiku kehujanan pilu..
Dia rangkul aku saat hatiku hampir hancur..

Tiada jalan lain ke hatimu.. Tiada perlu lagi aku di sini..
Menantimu adalah kebodohanku..
Menunggumu adalah ketidakwarasan akalku..
Telah lama ku harap kau jemput cintaku..
Telah lama ku simpan satu hati untuk kau sanjung..

Saatku sedar tiada jalan menuju ke hatimu, aku yakin aku harus pergi..
Jangan kau halang lagi... Jangan berdalih lagi..
Aku tak bisa menipu hatiku.. Aku tak sanggup senyum dibalik sedihku..
Sampai di sini saja... Terhenti di sini cintaku untukmu..
Berakhir di sini hubungan tanpa nama ini...